PENGENALAN AKUAPONIK
Maksud
akuaponik adalah teknologi pertanian yang menggabungkan akuakultur (ternakan
ikan) dengan akiviti atau projek hidroponik (menanam tanaman tanpa media tanah)
dan ianya dilakukan dalam satu pusingan
air. Unsur ikan dan tanaman penting dalam sistem akuaponik kerana ikan mengeluarkan
sisa buangan yang mengandungi ammonia dan kotoran bagi tanaman dan manakala
tanaman pula ia menyalurkan oksigen dan air yang bebas ammonia yang diperlukan
oleh ikan.
Selain itu, tujuan akuaponik adalah
mengekalkan kualiti air, mengurangkan kadar ammonia di dalam air dan
menjimatkan ruang kerana ia hanya perlu menggunakan sebuah tangki.
Seterusnya,sistem kitaran akuaponik ialah sistem pengaliran air dari kolam ikan
ke media penanaman dan air akan dikitar semula ke dalam kolam.
Akuaponik juga dibahagikan kepada 2 jenis
iaitu akuaponik secara takungan dan secara kitaran sistem. Akuaponik
secara takungan ialah ianya menggunakan bekas, kolam atau tangki yang sama
untuk ikan dan tanaman. Sistem akuaponik yang kedua ialah akuaponik secara
kitaran sistem ini menggunakan dua bekas tangki,iaitu tangki ikan dan bekas
tanaman secara berasingan. Seterusnya akuaponik mempunyai 3 sistem iaitu sistem
Raft,sistem Ebb & Flow(pasang surut) dan sistem NFT ( Near Film Technique).
JENIS-JENIS AKUAPONIK:
1. Akuaponik secara takungan:
TANAMAN YANG SESUAI UNTUK SISTEM AKUAPONIK
1. Sayuran yang tidak memerlukan keperluan nutrien yang tinggi digalakkan ditanam dalam sistem akuaponik. Contoh tanaman yang tidak memerlukan keperluan nutrien yang tinggi adalah:
- sawi
- bendi
- pudina
- salad
- kubis
- bawang
- bayam
.....ITU SAHAJA YANG SAYA DAPAT KONGSIKAN DIDALAM BLOG KALI INI......
---SEKIAN TERIMA KASIH---
Terbaik bang, saya dah lama cari tentang akuaponik tapi tk jumpa-jumpa. Thank you bro.
ReplyDelete