Wednesday, August 21, 2019

AKUAPONIK


   
PENGENALAN AKUAPONIK


   Maksud akuaponik adalah teknologi pertanian yang menggabungkan akuakultur (ternakan ikan) dengan akiviti atau projek hidroponik (menanam tanaman tanpa media tanah) dan ianya dilakukan  dalam satu pusingan air. Unsur ikan dan tanaman penting dalam sistem akuaponik kerana ikan mengeluarkan sisa buangan yang mengandungi ammonia dan kotoran bagi tanaman dan manakala tanaman pula ia menyalurkan oksigen dan air yang bebas ammonia yang diperlukan oleh ikan.

    Selain itu, tujuan akuaponik adalah mengekalkan kualiti air, mengurangkan kadar ammonia di dalam air dan menjimatkan ruang kerana ia hanya perlu menggunakan sebuah tangki. Seterusnya,sistem kitaran akuaponik ialah sistem pengaliran air dari kolam ikan ke media penanaman dan air akan dikitar semula ke dalam kolam.

   Akuaponik juga dibahagikan kepada 2 jenis iaitu akuaponik secara takungan dan secara kitaran sistem. Akuaponik secara takungan ialah ianya menggunakan bekas, kolam atau tangki yang sama untuk ikan dan tanaman. Sistem akuaponik yang kedua ialah akuaponik secara kitaran sistem ini menggunakan dua bekas tangki,iaitu tangki ikan dan bekas tanaman secara berasingan. Seterusnya akuaponik mempunyai 3 sistem iaitu sistem Raft,sistem Ebb & Flow(pasang surut) dan sistem NFT ( Near Film Technique).


JENIS-JENIS AKUAPONIK:
1. Akuaponik secara takungan:

   

 2. Akuaponik secara kitaran:






TANAMAN YANG SESUAI UNTUK SISTEM AKUAPONIK

1. Sayuran yang tidak memerlukan keperluan nutrien yang tinggi digalakkan ditanam dalam sistem akuaponik. Contoh tanaman yang tidak memerlukan keperluan nutrien yang tinggi adalah:

  • sawi 
  • bendi
  • pudina
  • salad 
  • kubis
  • bawang
  • bayam

.....ITU SAHAJA YANG SAYA DAPAT KONGSIKAN DIDALAM BLOG KALI INI......
                                            ---SEKIAN TERIMA KASIH---